cara promosi blog

15 Cara Promosi Blog Baru Kepada Pembaca

Anda sudah mempunyai blog, mungkin anda belajar cara membuat blog dari artikel yang pernah kami kongsikan sebelum ini. Tahniah! Anda sudah mempunyai blog tetapi bagaimana cara promosi blog baru kepada pembaca?

Tahukah anda, pada tahun 2018, dianggarkan sebanyak 400 juta blog online di internet. Ia meliputi segala aspek kategori dan minat penulisnya.

Buat sahaja carian di Google tentang sesuatu perkara, pasti anda menemui jawapan di blog. Blog ada catatan peribadi penulisnya berdasarkan pembacaan, kajian dan pengalaman. Jadi, kita belajar sesuatu ilmu baru daripada seorang penulis blog.

Blog yang ditulis tanpa pembaca adalah sia-sia. Perlu ada pembaca untuk disebarkan kebaikan. Oleh itu jika anda baru siapkan sebuah blog, bagaimana cara promosi blog baru tersebut?

1. Kongsi Artikel di Facebook

Media sosial adalah salah satu penyumbang besar pelawat ke blog. Adalah menjadi satu kerugian jika tidak mempunyai akaun Facebook.

Facebook dianggarkan mempunyai 1.5 bilion pengguna pada tahun 2018!

Caranya dengan membuat fanpage Facebook nama blog anda, kemudian kongsikan link artikel. Kemudian ajak rakan-rakan anda untuk like fanpage tersebut.

Anda boleh mendapat view yang tinggi jika artikel anda sangat bermanfaat melalui kuasa viral.

2. Kongsi Artikel di Twitter

Satu lagi akaun media sosial yang perlu anda miliki ialah Twitter. Ianya lebih ringkas tetapi mempunyai pelawat yang sangat ramai. Pada tahun 2018, Twitter direkodkan memiliki 321 juta pengguna dan ianya sangat baik sebagai tempat promosi blog.

Buat satu akaun percuma di Twitter seperti Twitter NotaCara.com. Kemudian kongsikan artikel terbaru di situ.

3. Kongsi Artikel di Instagram

Media sosial ini hanya berdasarkan gambar. Anda boleh kongsikan gambar menarik mengenai artikel blog kemudian letakkan maklumat di bahagian bawah untuk link ke blog anda.

4. Kongsi Link Artikel di Group Whatsapp

Anda sudah pasti mempunyai aplikasi Whatsapp. Tahukah anda, sehingga bulan Mei 2018 Whatsapp telah menghantar sebanyak 65 billion mesej sehari. Banyak yang teramat sangat. Bayangkan berapa besar server Whatsapp miliki.

Kerap kali anda menerima gambar lawak, motivasi dan ngeri dari rakan group Whatsapp. Apa kata kali ini anda kongsikan dalam bentuk santai link artikel blog anda.

Jangan terlalu memaksa untuk klik. Ceritakan sedikit mengenai artikel tersebut dan biarkan rakan-rakan anda membuat keputusan klik. Dalam berpuluh rakan anda, pasti ada yang akan klik dan baca artikel blog tersebut.

5. Komen di Blog Lain

Cara ini paling murah dan cepat. Cuma memerlukan komitmen anda melayari blog-blog lain, baca artikel dan sumbangkan komen.

komen di blog

Melalui cara komen, anda boleh letakkan link blog. Jika pembaca membaca komen anda dan mendapat manfaat, mereka teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anda.

Mereka akan klik link blog dan anda mendapat trafik dan pelawat.

6. Promosi di Signature Forum

Walaupun kita kerap menggunakan media sosial tetapi forum internet masih ada pengikut tersendiri.

Caranya, daftar akaun di forum kemudian mulakan post pendapat anda untuk tujuan membantu. Lebih banyak anda membantu, lebih tinggi kredibiliti anda di mata forumer-forumer lain.

Satu cara promosi blog baru di forum adalah dengan meletakkan link blog di bahagian bawah profile anda. Area tersebut disebut Signature.

Antara forum popular di Malaysia adalah Carigold.com, Cari.com.my, Lowyat.net dan WangCyber.com.

7. Promosi Dari Mulut ke Mulut

Pemasaran dari mulut ke mulut (word-to-mouth) adalah salah satu cara terbaik untuk memaklumkan kewujudan blog anda.

Contohnya, rakan akan sedang melayari internet mencari bantuan cara membuat blog. Anda teringatkan blog Notacara.com.

Anda maklumkan sahaja link blog ini. Pasti rakan anda tanpa teragak-agak akan terus menaip link website di browser.

Sepantas itu kesannya pemasaran mulut ke mulut ini.

8. Promosi Berbayar Menggunakan Google Adwords

Tujuh cara di atas adalah percuma. Untuk teknik seterusnya memerlukan sedikit pelaburan wang.

Google Adwords adalah iklan yang dibuat dan anda perlu membayar kepada Google. Kemudian Google akan paparkan iklan anda di laman carian, website dan blog.

Anda akan dikenakan bayaran apabila pelawat klik iklan anda.

Jika anda masih baru, kami cadangkan buat pembacaan di website, buku, ebook atau hadir seminar Google Adwords untuk lebih kefahaman. Anda boleh kehilangan ribuan ringgit tanpa dapat apa-apa pulangan jika buat tanpa ilmu.

belajar google adwords

9. Promosi Berbayar Menggunakan Facebook Ads

Facebook juga menyediakan ruang untuk kita mengiklan blog. Dengan akaun personal anda boleh mula mengiklankan link artikel. Namun, lebih professional anda gunakan Fanpage untuk beriklan.

Beriklan dengan cara ini perlu mengeluarkan modal. Penting untuk menuntut ilmu sebelum mula membuat sebarang iklan. Bimbang tersalah langkah, duit terbakar.

10. Sertai Group Blogger di Facebook

Ada beberapa group blogger jika anda target pasaran Malaysia. Jika pasaran pelawat anda di luar negara dan berbahasa Inggeris, ada lebih banyak group blogger.

Syaratnya anda tidak spam konten blog tetapi bijak menyumbang pendapat dan idea dalam group. Konsepnya sama seperti berforum.

11. Siarkan Video di YouTube

Pemasaran video sangat baik dari segi viral. Kita lebih gemar menonton daripada membaca. Jadi, video artikel blog sangat membantu promosikan blog anda.

12. Hantar Artikel ke Website atau Blog 

Hantar artikel ke blog lain (guest blogging) merupakan satu kaedah di mana anda menulis artikel di blog lain. Tujuannya untuk mengetengahkan bakat penulisan dan pendapat anda dalam sesuatu bidang.

Sebagai ganjaran, anda dapat menyiarkan link blog sebagai teknik pemasaran blog.

Antara laman web yang menerima guest blogging adalah akuislam.com, kakireview.com dan thevocket.com.

Kami di NotaCara.com juga memberi peluang dan menerima artikel daripada anda. Klik Hantar Artikel untuk maklumat lanjut.

13. Pemasaran Email

Kenapa pemasaran email kami letakkan di bahagian akhir walaupun ianya sangat penting? Kerana tajuk blog post kali ini adalah cara promosi blog baru.

Sebuah blog baru pasti belum mempunyai pengikut (subscriber). Namun, anda boleh mula meletakkan borang langganan menggunakan pembekal Email Autoresponder.

Anda boleh mula mengumpul subsciber dengan plan percuma yang ditawarkan seperti:

  • Mailerlite – 1,000 subscriber pertama adalah percuma
  • MailChimp – 2000 subscriber pertama adalah percuma

Dengan adanya subscriber, setiap kali siarkan artikel baru, anda boleh emailkan kepada subscriber untuk tujuan hebahan dan pemasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *