cara membuat blog wordpress

Cara Membuat Blog dengan WordPress

Panduan cara membuat blog diteruskan lagi. Artikel lepas, saya telah jelaskan cara membeli nama domain dan web hosting. Seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda cara membuat blog menggunakan platform WordPress.

Terdapat dua platform popular untuk membuat blog.

Blogspot dan WordPress.

Menurut Web Technology Survey oleh W3Techs, lebih daripada 30% dari semua laman web di Internet menggunakan WordPress. Ini bermakna kebanyakan laman web atau blog yang anda baca dibina dari platform WordPress.

Ini kerana WordPress mudah digunakan dan mempunyai banyak plugin yang berguna. Ia juga menyediakan banyak tema yang menarik untuk dipilih.

Dalam artikel ini, saya menganggap bahawa anda sudah membeli nama domain dan hosting web anda. Tambahan lagi, web hosting anda telah menyediakan cPanel sebagai portal utama untuk memasang blog.

Jika tidak, anda perlu membeli nama domain dan hosting web untuk meneruskan panduan ini. Anda boleh membaca Bahagian 4: Daftar Nama Domain dan Web Hosting untuk penjelasan lebih lanjut.

Bagaimana cara membuat blog menggunakan WordPress?

Jom ikuti langkah demi langkah di bawah:

1. Memasang & Konfigurasi Blog

1. Layari cPanel .

Anda boleh menggunakan URL cPanel yang disediakan oleh syarikat hosting web anda. Jika anda menggunakan Exabytes, anda boleh log masuk ke akaun anda di Exabytes -> Client Login – My Services -> My Product & Services -> Klik pada nama pakej web hosting -> Login to cPanel.

2. Pada cPanel, cari Softaculous -> WordPress.

wordpress-installer-cPanel

3. Pada skrin hadapan WordPress, klik pada Install.

wordpress-dashboard

4. Teruskan Konfigurasi seperti di bawah.

5. Version pilih paling terkini.

6. Protocol pilih http. Jika anda menggunakan Exabytes, mereka berikan SSL percuma (https) tetapi apa yang saya lakukan pada peringkat pertama adalah memasang menggunakan http.

memasang wordpress

7. Choose domain. Pilih nama domain yang telah dibeli sebelum ini.

8. In Directory. Biarkan kosong jika anda memasang blog di direktori utama. Jika anda ingin memasang blog dalam direktori tertentu, anda boleh menentukan nama direktori di lapangan.

9. Pada Site Setting, isi maklumat blog anda seperti nama blog dan maklumat blog.

10. Abaikan Enable Multisite (WPMU). Untuk maklumat anda, anda masih boleh mengedit maklumat ini di paparan pentadbir utama (dashboard) blog anda kemudian.

site-setting-wordpress

11. Pada Akaun Admin, isikan dengan nama pengguna admin, kata laluan admin dan e-mel admin. Atas alasan keselamatan, anda harus memilih kata laluan yang kuat. Amat baik jika dapat skor 100/100 pada ukuran kekuatan kata laluan.

konfigurasi akaun wordpress

12. Pada Bahasa Pilih, saya memilih English. Walaupun blog dalam Bahasa Malaysia, saya lebih memilih bahasa Inggeris kerana kebanyakan plugin, tema dan tetapan mudah dikonfigurasi dalam bahasa ini. Berbeza cuma artikel dalam Bahasa Malaysia.

memilih bahasa blog wordpress

13. Tinggalkan kosong pada Select Plugin kerana anda boleh konfigurasi kemudian. Ada banyak lagi plugin di dashboard nanti.

14. Pada Advance Options, anda boleh mengedit nama pangkalan data, awalan dan sebagainya. Bagi saya biar WordPress tentukan dan saya biarkan sahaja. cPanel secara automatik memberikan butiran ke blog anda secara automatik.

15. Klik Install dan anda kini selesai membuat blog menggunakan WordPress.

2. Login ke Dashboard Blog

1. Untuk WordPress, link ke dashboard atau admin panel adalah http: //yourdomain.com/wp-login.php. Gantikan yourdomain.com kepada nama domain anda.

login-page-wordpress-blog

2. Gunakan nama pengguna dan kata laluan yang anda berikan semasa proses pemasangan.

3. Sekarang anda berada di dashboard WordPress. Ini adalah paparan utama untuk blog anda:

  • Buat, edit dan siarkan catatan blog anda menggunakan Posts.
  • Buat, edit dan siarkan halaman anda menggunakan Pages.
  • Pasang dan konfigurasikan tema yang anda kehendaki pada bahagian Appearance.
  • Pasang dan konfigurasi tambahan pada bahagian Plugin
  • Konfigurasikan cara blog melalui Setting
  • Buat akaun pengguna untuk pentadbiran blog di Users,

dan banyak lagi ciri yang boleh anda temui. Luangkan masa untuk belajar dan meneroka.

3. Penetapan Setting Blog

Mari teruskan dengan tetapan (setting) blog. Tidak kira apa plugin atau tema yang akan anda gunakan pada masa akan datang, setting ini adalah menyeluruh.

Penting untuk konfigurasi tetapan terbaik pada blog kerana ia memberi manfaat kepada carian enjin carian melalui Search Engine Optimization (SEO) dan pelawat (traffik)

1. Klik pada Settings. Di bawah Settings, terdapat enam (6) subseksyen.

  • General
  • Writing
  • Reading
  • Discussion
  • Media
  • Permalinks

2. Klik General. Di Site Title, gunakan nama blog anda. Pada slogan, pilih apa tujuan blog anda yang memberi manfaat kepada pelawat anda. Untuk NotaCara.com, saya ingin berkongsi tentang panduan untuk menyelesaikan masalah.

Kemudian untuk konfigurasi lain, anda boleh isikan mengikut keperluan.

setting umum blog

3. Klik pada Writing Settings. Kategori post biasa saya menetapkan Website sebagai kategori umum. Kategori boleh tetapkan dalam bahagian Posts (Posts -> Categories).

4. Post via email saya abaikan. Bahagian penting dalam konfigurasi ini adalah Update Services. Pastikan anda masukkan Update Services yang mempunyai reputasi tinggi.

Bagaimanakah Update Services berfungsi?

Apabila anda menyiarkan artikel blog baru, WordPress secara automatik akan memberitahu (melalui perkhidmatan ping) ke Update Services. Jadi dengan cara ini, Update Services akan dimaklumkan tentang artikel baru anda. Enjin carian juga akan segera mengindeks artikel anda.

Secara umum, WordPress menggunakan http://rpc.pingomatic.com tetapi anda boleh menggunakan index tambahan. Masukkan semua Update Services di bawah di bahagian tersebut:

http://blogsearch.google.com/ping/RPC2
http://bblog.com/ping.php
http://bitacoras.net/ping
http://blog.goo.ne.jp/XMLRPC
http://blogdb.jp/xmlrpc
http://blogmatcher.com/u.php
http://bulkfeeds.net/rpc
http://coreblog.org/ping/http://mod-pubsub.org/kn_apps/blogchatt
http://www.lasermemory.com/lsrpc/
http://ping.blo.gs/
http://ping.bloggers.jp/rpc/
http://ping.feedburner.com
http://ping.rootblog.com/rpc.php
http://pingoat.com/goat/RPC2
http://rpc.blogbuzzmachine.com/RPC2
http://rpc.blogrolling.com/pinger/
http://rpc.pingomatic.com
http://rpc.weblogs.com/RPC2
http://topicexchange.com/RPC2
http://trackback.bakeinu.jp/bakeping.php
http://www.bitacoles.net/ping.php
http://www.blogoole.com/ping/
http://www.blogpeople.net/servlet/weblogUpdates
http://www.blogshares.com/rpc.php
http://www.blogsnow.com/ping
http://www.blogstreet.com/xrbin/xmlrpc.cgi
http://www.modpubsub.org/kn_apps/blogchatter/ping.php
http://www.newsisfree.com/RPCCloud
http://www.newsisfree.com/xmlrpctest.php
http://www.snipsnap.org/RPC2
http://www.weblogues.com/RPC/
http://xmlrpc.blogg.de

5. Pada setting Reading, halaman utama (homepage) anda harus menggunakan artikel terkini (latest post). Jika anda ingin laman web anda hanya untuk halaman statik, anda juga boleh buat konfigurasi tersebut.

reading-setting-wordpress-blog

Anda boleh menentukan berapa banyak artikel yang dipaparkan di laman utama. Saya biasanya memilih 10 artikel (post).

Bahagian penting pada halaman ini adalah untuk tidak menanda (tick) Discourage search engine from indexing this page.

Jika anda tick, enjin carian tidak akan mengindeks blog anda. Jadi apa gunanya mempunyai blog jika anda tidak mahu pengunjung mengetahui tentang diri dan syarikat anda?

6. Pada setting Discussion, adalah cara anda mengendalikan komen oleh pengunjung. Untuk mengelakkan komen spam atau tidak beretika, anda harus menandakan “Comment must be manually approved”. Kemudian, apabila anda menerima komen, anda boleh membaca dan menilainya sebelum memutuskan untuk meluluskan atau tidak.

7. Media adalah bagaimana anda menguruskan gambar berdasarkan jenis. Sebagai contoh saiz gambar kecil, sederhana dan besar.

8. Permalink adalah cara anda menyusun pautan artikel dan halaman. Untuk SEO, sangat baik untuk mempunyai nama post pada link. Dengan nama post dan kata kunci sasaran, potensi blog anda mendapat ranking enjin carian lebih baik.

Struktur permalinks WordPress. Gunakan nama post dan bukan angka.

Itulah cara untuk membuat blog menggunakan WordPress. Saya sangat berharap anda mendapat idea untuk memulakan blog pertama anda.

Luangkan masa anda untuk meneroka dashboard blog WordPress. Semakin anda belajar, semakin banyak pengalaman dan ilmu anda akan perolehi.

Kredit gambar: FiveTopic.com

One thought on “Cara Membuat Blog dengan WordPress”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *