cara beli web hosting

Cara Membuat Blog Bahagian 4: Daftar Nama Domain dan Web Hosting

Kita kini berada di Bahagian 4 iaitu peringkat pelaksanaan untuk cara daftar nama domain dan web hosting. Tiga bahagian pertama adalah perancangan dan kajian. Anda boleh membaca bahagian sebelumnya melalui pautan di bawah:

Untuk membuat blog, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mendaftar dua perkara berikut:

  • Nama domain
  • Web hosting

Ia tidak percuma. Anda perlukan sedikit wang. Dalam bisnes, anda tentu tahu istilah “melabur wang untuk mendapat lebih banyak wang”.

Dengan pelaburan kecil, anda boleh membeli kedua-dua keperluan ini. Nama domain dan web hosting boleh dibeli dari satu syarikat web hosting yang sama.

Oleh kerana saya menggunakan web hosting oleh Exabytes, maka dalam panduan ini, saya akan berkongsi cara mendaftar domain dan web hosting menggunakan syarikat ini.

Sebagai panduan, saya akan sertakan langkah demi langkah proses pendaftaran menggunakan pakej yang telah disediakan oleh Exabytes.

Bagi sebuah blog baru, anda perlu melabur serendah mungkin tetapi menerima ciri-ciri yang hosting yang terbaik.

Untuk mendaftarkan domain dan hosting web, sila ikuti langkah demi langkah di bawah:

1. Layari www.exabytes.my

Exabytes adalah penyedia web hosting terbaik saya pernah guna. Dengan bantuan selepas jualan yang baik, juga kekuatan dari segi kelajuan website, ia sangat berbaloi untuk digunakan.

2. Memilih Web Hosting

Untuk permulaan, saya cadangkan beli web hosting paling murah (jenis Shared Hosting) kerana untuk membuat blog, saiz yang kecil sudah memadai. Jika perlu penambahan, anda boleh naik taraf web hosting (uprade) pada bila-bila masa. Jimat perbelanjaan untuk web hosting.

Klik pada Hosting -> Web Hosting. Pilih Startup РEBiz Lite  yang berharga RM16.99 sebulan (RM203.88 langganan setahun) dan klik Order Now.

memilih web hosting

Anda akan mendapat 10GB ruang disk, 1GB memori, 20GB data transfer bulanan, 10 email akaun dan boleh host 1 domain. Cukup untuk permulaan blog dan website.

3. Daftar Nama Domain

Klik Register a New Domain Name. Masukkan nama domain pilihan dan klik Search.

daftar nama domain

Sebaiknya domain .com untuk lebih global tetapi bergantung kepada strategi dan pasaran blog anda. Sebagai tips, anda perlu bersedia dengan beberapa nama domain kerana kebanyakkan nama domain yang ‘sedap’ dan menarik sudah dibeli orang.

4. Pilih Tempoh Sah Domain

Nama domain dijual dan diperbaharui setiap tahun. Anda boleh membeli untuk setahun sehingga lima tahun. Saya biasanya membeli untuk tempoh satu tahun dan diperbaharui setiap tahun. Tick pada pilihan dan klik Continue.

Namun, jika anda bercadang untuk terus ‘kunci’ nama domain, anda boleh membeli untuk tempoh 5 tahun. Biasanya lebih jimat kerana ada potongan harga. Di Exabytes, ada layak mendapat 25% diskaun jika membeli domain dengan tempoh 4 tahun dan ke atas.

daftar domain setahun

5. Perlindungan Nama Domain (ID Protection)

Ini satu fungsi penting untuk nama domain kerana dapat melindungi butiran peribadi anda daripada terdedah kepada umum. Bahaya terdedah maklumat peribadi akan mendorong banyak individu tidak bertanggungjawab (spammer) menghubungi anda melalui email untuk tujuan menjual.

Saya sarankan anda membeli ID Protection. Tahun pertama adalah percuma di Exabytes dan perlu membayar pada tahun-tahun berikutnya. Ini satu promosi yang baik.

Perlindungan Nama Domain

6. Pilih 12 Bulan untuk Web Hosting

domain tahunan

Web hosting biasanya dibayar secara tahunan. Namun, anda juga boleh membeli untuk 2 atau 3 tahun dan sudah semestinya harga tahunan lebih murah.

7. Semak Butiran Nama Domain dan Web Hosting

Semak butiran yang telah ditempah seperti web hosting, nama domain dan ID Protection. Klik pada Checkout untuk membuat bayaran.

buat bayaran domain

8. Mendaftar Butiran Peribadi

Isikan maklumat peribadi anda selengkapnya.

butiran peribadi web hosting

9. Pilih Jenis Bayaran

jenis bayaran domain

Jika anda mempunyai online banking dari mana-mana bank, boleh gunakan untuk membuat bayaran. Boleh juga menggunakan kad debit dan kad kredit. Tick pada MOLPAY, tick pada terma dan syarat kemudian klik Complete Order untuk membuat bayaran.

Tempahan Selesai.

Apa yang akan anda dapat selepas mendaftar nama domain dan web hosting?

Berikut adalah ciri-ciri yang akan anda terima jika mendaftar domain dan web hosting dengan Exabytes. Anda juga akan menerima hampir sama jika anda mendaftar dengan penyedia hosting web yang lain.

1. Portal Pengguna (Cient Portal)

Portal ini adalah satu akaun yang membolehkan anda untuk edit maklumat peribadi, melihat langganan (domain atau hosting), bertanyakan masalah teknikal, maklumat bil dan tingkatkan langganan semasa (upgrade). Ringkasnya, ini portal utama untuk menguruskan akaun anda dengan Exabytes.

2. cPanel

CPanel adalah panel kawalan hosting dengan pelbagai ciri. Dalam cPanel anda akan melihat ciri dan spesifikasi pada pakej StartUp seperti saiz disk, akaun e-mel, domain add-on dan banyak lagi.

cPanel adalah aplikasi utama yang perlu anda pelajari dan sering digunakan untuk konfigurasi blog anda kelak.

3. SSL Certificate

SSL adalah teknologi keselamatan untuk mewujudkan pautan yang disulitkan (encrypted) antara pelayan web dan web browser.

Dengan SSL, data pelanggan anda dilindungi. Sebagai contoh, maklumat kad kredit dan transaksi maklumat peribadi disulitkan daripada disalahguna oleh penggodam. Blog dengan SSL diwakili oleh ‘https’ atau Secure pada permulaan URL.

Anda boleh memohon bantuan teknikal Exabytes untuk memasang https pada URL blog. Ianya adalah percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *