memilih web hosting

Cara Membuat Blog Bahagian 3: Memilih Web Hosting Terbaik

Bagus, anda kini berada di Bahagian 3 bagaimana cara memilih web hosting yang terbaik. Jika anda terlepas panduan sebelumnya, sila klik pada pautan di bawah untuk bermula:

Jika nama domain adalah alamat, maka web hosting adalah rumah. Maksudnya, web hosting adalah tempat menyimpan semua data. Data kebanyakannya adalah pangkalan data (database), tulisan, gambar, video, tema atau plugin blog anda.

Terdapat banyak pembekal web hosting di Internet. Jika anda membuat carian di Google, terdapat kira-kira 8.5 juta hasil carian yang berkaitan dengan web hosting.

Hasil survey Netcraft.com pada Januari 2018, terdapat lebih1.8 bilion laman web di dunia. Bayangkan berapa banyak hosting web diperlukan untuk menampung jumlah laman web ini.

Terdapat banyak web hosting. Adakah mereka benar-benar terbaik dan boleh dipercayai?

Sebagai perniagaan baru atau individu yang ingin memiliki blog sendiri, aspek utama yang perlu dipertimbangkan ialah memilih web hosting yang baik.

Web hosting yang berkualiti boleh meningkatkan prestasi blog dan pada masa yang sama mengurangkan sakit kepala anda untuk menangani masalah yang timbul.

Sejak hari pertama memiliki blog, saya telah menggunakan empat syarikat web hosting yang berbeza. Pengalaman saya bermula dari tahun 2007 hingga hari ini, sesetengah daripada mereka adalah sangat baik tetapi lain-lain hanya pada kualiti sederhana sahaja.

Pengalaman terkini adalah dengan syarikat web hosting Exabytes. Sepanjang pengalaman saya dengan Exabytes, kesimpulannya, mereka berada pada tahap terbaik sebagai penyedia web hosting.

Mereka memberikan kualiti dan keperluan yang diperlukan dan saya percaya ia juga dapat memberikan pengalaman baik yang sama kepada blog baru anda.

Dipercayai = Hebat dalam kualiti.

Jadi, bagaimana menentukan syarikat hosting web yang boleh dipercayai?

Ia perlu mempunyai kriteria berikut dalam memilih web hosting terbaik:

1. Jaminan Jangka-Hayat (Uptime) Terbaik

Uptime dalam bahasa mudah adalah kebolehan web hosting bersedia (hidup). Diukur dalam peratusan. Lebih tinggi, maka lebih bagus.

Bagi bisnes, satu-satunya tujuan mempunyai blog adalah untuk pelanggan mengetahui tentang perniagaan anda. Itu sahaja.

Blog adalah “wakil” untuk menyampaikan apa yang anda jual kepada bakal pelanggan atau pengikut. Ia mesti sentiasa ‘hidup’ 24 jam sehari dan 365 setahun tanpa henti. Ia tidak boleh mati (down) kerana masa adalah wang.

Anda mungkin mempunyai pelanggan dari seluruh dunia. Dengan zon masa yang berlainan, anda memerlukan blog yang tersedia sepanjang masa.

Sebagai contoh, pelanggan di Eropah mungkin mengakses laman web semasa waktu tidur anda. Oleh itu, kandungannya perlu disediakan pada masa itu.

Uptime menjadi bertambah penting jika jualan anda semata-mata dari laman web seperti e-dagang (e-commerce). Anda tidak mampu untuk kehilangan sebarang transaksi. Sebarang gangguan (downtime) ke laman web akan menyebabkan kerugian. Lebih malang, anda juga mungkin kehilangan pelanggan.

Tiada siapa yang boleh menjamin laman web tersedia dan hidup sepanjang masa. Begitu juga dengan syarikat web hosting. Tiada syarikat boleh menawarkan uptime 100% tetapi mereka boleh menawarkan kadar terbaik dan maksimum.

Itu sebabnya web hosting meletakkan klausa jaminan jangka-hayat (guarantee uptime) dengan peratusan tertentu untuk menjamin ketersediaan.

Sebuah syarikat web hosting yang terbaik menawarkan uptime tinggi ke laman web anda. Sebagai contoh, uptime Exabytes adalah 99.9% (Network) dan 99.5% (Server), Hostgator dan Inmotion uptime adalah 99.9%, Bluehost 99.9%. Berbeza antara satu syarikat dengan yang lain mengikut keupayaan mereka.

Apa kaitan uptime dengan blog anda?

Web hosting boleh menjamin blog anda akan tersedia, hidup dan berjalan dengan jaminan 99.9% sepanjang masa dan hanya 0.01% kemungkinan gangguan (downtime). Untuk menerangkan dalam pengiraan mudah, mari kita lihat jadual di bawah:

web-hosting-uptime-table

Pengiraan (99.9%):
Harian: 0.1% x (24 x 60 minit) = 1 minit 26 saat
Mingguan: 0.1% x (24 x 7 x 60 minit) = 10 minit 5 saat
Bulanan: 0.1% x (24 x 30 x 60 minit) = 43 minit 12 saat
Tahunan: 0.1% x (24 x 365 x 60 minit) = 8 jam 45 minit 36 saat

Untuk 99.9% uptime, kemungkinan laman web anda mengalami gangguan (tidak dapat akses) selama setahun adalah 8 jam 45 minit 36 saat. Ini jaminan dari pengendali web hosting kepada anda.

Jaminan dari web hosting mengurangkan tekanan memikirkan tentang blog yang tidak dapat diakses.

Ringkasnya, untuk memilih web hosting yang boleh dipercayai, lihat pada uptime. Semakin tinggi jaminan diberikan kepada anda, lebih baik untuk kesinambungan website. Ini kerana kemungkinan laman web tidak dapat diakses adalah minimum.

Cadangan saya adalah untuk memilih web hosting dengan uptime minimum 99.6% kerana pasti anda tidak mahu laman web tidak dapat diakses lebih daripada 5 minit dalam sehari.

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada skop perniagaan anda. Anda memerlukan tempoh yang lebih tinggi jika mempunyai laman web e-dagang yang bergantung 100% pada laman web untuk membuat jualan.

Anda boleh pertimbangkan tempoh uptime lebih rendah jika hanya memiliki laman web statik dengan kandungan minimum.

2. BantuanTeknikal Selepas Jualan

Tiada apa yang sempurna. Anda pasti menghadapi masalah sekurang-kurangnya sekali dengan blog dan web hosting. Tidak kira sama ada isu teknikal atau bayaran, anda masih memerlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah dihadapi.

Sebagai syarikat web hosting yang boleh dipercayai, mereka meletakkan bantuan selepas jualan sebagai keutamaan. Khidmat pelanggan adalah salah satu kriteria untuk membezakan antara syarikat yang baik atau sebaliknya.

bantuan-selepas-jualan-web-hosting

Anda meletakkan wang dan kepercayaan dalam syarikat mereka. Katakan anda melanggan selama satu tahun. Jadi, menjadi tanggungjawab mereka sepanjang satu tahun untuk membantu sebarang isu yang berkaitan dengan web hosting.

Kebolehpercayaan mereka diuji selepas anda membeli hosting. Anda akan tahu sama ada mereka menunaikan janji (seperti yang dinyatakan di laman web) atau hanya mahukan wang semata-mata. Perlu difikir masak-masak sebelum memilih web hosting terbaik.

Pengalaman saya dengan Exabytes, mereka menawarkan beberapa cara komunikasi seperti e-mel, telefon dan sokongan web. Selain daripada semua ini, cara kegemaran saya untuk menghubungi mereka ialah menggunakan Live Chat.

Respons daripada sokongan teknikal yang saya hubungi melalui Live Chat kurang daripada 10 minit. Ia adalah masa tindak balas yang hebat kerana kita tidak mahu menunggu lama untuk mendapatkan bantuan.

Bahagian terbaik mengenai Live Chat ialah anda boleh bertanya dan mendapatkan respons dengan serta-merta. Ia lebih cepat daripada e-mel.

Lihat bagaimana syarikat tersebut menguruskan masalah pelanggan. Mereka memberikan yang terbaik untuk menyelesaikan pertanyaan anda secepat mungkin.

Pada pemerhatian saya, web hosting seperti Exabytes, Shinjiru, dan IPServerOne mempunyai sokongan Live Chat. Anda boleh menggunakannya untuk menghubungi mereka. Pasti, mereka sangat responsif untuk membantu anda.

3. Kelajuan Blog (Blog Speed)

Masa lebih daripada emas. Di dunia yang bergerak pantas, kita perlu menyesuaikan diri dengan perubahan. Web hosting terbaik dapat meningkatkan kelajuan laman web anda. Pelawat lebih suka untuk mengakses laman web yang laju.

Blog yang lembap menyebabkan pengunjung cepat bosan, marah dan akhirnya keluar dengan segera (bounce rate). Ia juga menghasilkan reputasi buruk untuk kedudukan Google.

Bermula Julai 2018, Google akan menggunakan kelajuan halaman sebagai faktor untuk ranking carian dengan alat mudah alih (telephone/table). Ia menjadi masalah jika mempunyai blog lambat.

Terdapat dua perkara yang menyumbang kepada kelajuan blog:

  • Lokasi pusat data web hosting
  • Teknologi web hosting

# 1. Lokasi Pusat Data Web Hosting (Data Center)

Lokasi web hosting adalah tempat letaknya segala data. Ianya berpusat di suatu tempat. Dalam pusat data terdapat pelayan (server), rangkaian (network) dan infrastruktur yang saling bergantungan untuk menjalankan operasi web.

Sebagai tips perniagaan, anda harus jelas menentukan segmen pelanggan anda, terutamanya mengenai geografi atau lokasi mereka.

Bagaimana kaitan kelajuan blog dan geografi pelanggan?

Pelanggan yang lebih dekat dengan pusat data, semakin cepat blog dapat diakses. Contohnya, jika kebanyakan pelanggan anda berada di Asia Tenggara, maka anda dinasihatkan memilih web hosting di sekitar area tersebut. Tidak bijak untuk memilih pelayan web hosting di Eropah untuk melayani pasaran asia.

Mari kita lihat keputusan ujian kelajuan perbandingan.

Katakan website notacara.com ingin target kepada pasaran Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Ini kerana negara-negara ini banyak menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.

Hasil tempoh paparan (load time) seperti di bawah:

  • Access dari Singapura. 7.7 saat
  • Access dari China. 10.9 saat
  • Access dari Belanda: 10.3 saat
  • Access dari Amerika Syarikat: 10.3 saat

Kajian menggunakan website Uprends.com

Berdasarkan kajian di atas, anda boleh menyimpulkan bahawa mengakses laman web dari Singapura lebih cepat berbanding lokasi lain. Ini disebabkan lokasinya pusat data berdekatan dengan segmen pelanggan.

# 2. Teknologi Web Hosting

Selain dari lokasi, teknologi yang digunakan oleh syarikat web hosting juga menyumbang kepada kelajuan blog.

Sebagai contoh, pengenalan cakera-pemacu-padu (solid-state hard drive)  SSD untuk menggantikan pemacu cakera keras konvensional (HDD) pada pelayan (server).

Untuk akses halaman blog, SSD boleh menghasilkan sehingga 20 kali lebih cepat. Kebanyakan web hosting web beralih teknologi ke SSD untuk sebagai daya tarikan pelanggan.

Pengunjung boleh mengalami pelayaran yang lebih baik ke blog anda dan mengurangkan masa menunggu. Ia memberi reputasi yang baik kepada enjin carian. Pembaca blog juga senang melayari laman web tanpa gangguan kelajuan.

Untuk melindungi akses pelanggan ke website, web hosting juga menyediakan pengesahan SSL (SSL Certificate). Secure Socket Layer (SSL) adalah teknologi keselamatan untuk mewujudkan link yang disulitkan (encrypted) antara web browser dan web server.

Dengan itu, data pelanggan anda dilindungi oleh SSL, sebagai contoh, maklumat kad kredit dan maklumat peribadi. Ini sangat diperlukan jika website anda membuat jualan secara online (e-commerce).

Blog atau website dengan SSL diwakili oleh ‘https’ atau Secure pada permulaan URL.

sambungan-blog-selamat

Ia menunjukkan bahawa sebarang transaksi yang dibuat melalui blog disulitkan dan selamat. Apabila pelawat anda melihat sambungan selamat yang terdapat di blog anda, ia mendapat kepercayaan dan keyakinan pelanggan untuk berurusan dengan anda.

3. Harga Mampu Milik

Sebagai perniagaan baru dengan bajet yang terhad, anda perlu merancang dengan betul untuk melabur wang anda. Pada mulanya, hanya beli apa yang benar-benar perlu untuk menjalankan perniagaan anda.

Sekiranya anda boleh mendapatkan secara percuma, gunakan sahaja. Jika produk mempunyai diskaun, rebut peluang itu.

Bagi saya, untuk memilih web hosting yang boleh dipercayai untuk perniagaan baru, harga memainkan peranan penting. Ia tidak sepatutnya mahal. Ia harus berpatutan kepada pemilik perniagaan.

Walaupun harga itu tidak dianggap sebagai jaminan kualiti, tetapi ia tetap berada dalam senarai semak saya.

Dengan harga RM150 ke RM200 setahun, ianya masih dianggap berpatutan untuk pelaburan awal sesebuah bisnes mahupun individu.

Fikir Masak-masak Sebelum Buat Keputusan

Anda boleh mencari review dan kajian berkaitan web hosting di internet. Terdapat banyak ulasan dari orang-orang yang mempunyai pengalaman dengan pelbagai syarikat hosting web.

Ia mengambil masa beberapa minggu bagi saya untuk mempertimbangkan Exabytes sebagai hosting web pilihan saya. Buat pembacaan dan saya percaya anda akan mendapat keputusan terbaik dalam memilih web hosting.

Credit image: Facebook ArmeniaCallCenter

One thought on “Cara Membuat Blog Bahagian 3: Memilih Web Hosting Terbaik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *