matlamat-blog

Cara Membuat Blog Bahagian 1: Menentukan Matlamat

Blog adalah salah satu catatan peribadi yang digunakan oleh individu dan syarikat. Sebelum memikirkan cara membuat blog, perkara pertama yang perlu ditekankan adalah menentukan matlamat.

Setiap blog mempunyai matlamat berbeza. Ia bergantung kepada hasil akhir yang dikehendaki pemilik blog seperti:

  • Blog perniagaan mahukan pembaca untuk tujuan pendedahan produk dan servis yang dijual. Apabila pembaca faham dan setia dengan blog perniagaan, peratusan untuk membuat keputusan membeli menjadi lebih tinggi.
  • Blog individu juga mahukan pembaca menjadi pengikut. Kenapa mereka mahukan pengikut? Mungkin bertujuan untuk meraih populariti atau untuk buat duit dengan blog seperti pengiklanan, duta produk dan ulasan produk.

Matlamat sangat berkait rapat dengan tujuan atau orang selalu sebut big why.

Kenapa nak buat blog? Anda mungkin ada beberapa sebab tersendiri.

Jadi, bagaimana menentukan matlamat blog anda? Jom baca perkongsian di bawah.

Matlamat ada dua (2) iaitu misi dan visi. Bagi syarikat, ianya adalah asas jelas yang sangat diperlukan untuk menentukan hala tuju syarikat. Juga bagi individu yang mempunyai blog, dua perkara ini penting untuk masa depan blog. Ke mana blog anda dalam satu, dua, lima atau sepuluh tahun akan datang. Semuanya bertitik tolak dari visi dan misi.

1. Menetukan Misi Blog

Jika anda baru mulakan perniagaan, pada hari pertama anda sudah tahu mengenai misi syarikat. Misi sebenarnya memandu syarikat bergerak ke hadapan. Misi menjelaskan apa syarikat anda lakukan, siapa pelanggan anda atau bagaimana perniagaan anda berfungsi. Ringkasnya, misi adalah teras perniagaan anda.

membuat-misi-syarikat

Sangat penting untuk memberi tumpuan kepada bakal pelanggan. Semakin banyak yang anda tahu tentang mereka, kemungkinan besar akan menukarkan mereka menjadi pembeli. Kenali mereka dan mula membina kepercayaan. Jadi, misi itu harus disasarkan kepada pelanggan.

Contoh misinya adalah:

  • Perniagaan: Percetakan t-shirt

Misi: Untuk memberikan percetakan t-shirt berkualiti

  • Perniagaan: Cenderahati Korporat

Misi: Untuk membekalkan cenderahati korporat yang berkualiti dan berpatutan.

  • Individu: Blog Makanan

Misi: Untuk berkongsi menu terbaik di restoran Malaysia.

Misi syarikat atau individu dapat membantu kita merangka penulisan blog. Kita dapat berkongsi apa sahaja berkaitan perniagaan dalam blog. Semakin banyak pelanggan tahu melalui pembacaan blog, maka tahap keyakinan dan kepercayaan kepada perniagaan menjadi lebih tinggi.

Soalan pertama  apakah misi perniagaan dan keinginan anda? Sekiranya tiada, luangkan masa untuk memikirkannya.

2. Menentukan Visi Blog

Visi berbeza dengan misi. Jika misi lebih kepada apa dilakukan, sesuatu misi adalah apa anda akan jadi pada masa hadapan. Apa yang pembaca akan kenali anda pada lima atau sepuluh tahun akan datang? Jadi visi akan menjadi matlamat akhir dalam segala perjuangan anda membuat blog.

Mempunyai visi yang jelas sama seperti mempunyai impian dan harapan yang cerah. Dengan visi dan usaha berterusan, anda boleh menjadi rujukan utama (blog berautoriti) dalam bidang diceburi.

Contoh visi adalah:

Perniagaan: Percetakan t-shirt

Visi: Syarikat percetakan t-shirt pilihan di Asia

Perniagaan: Cenderahati Korporat

Visi: Syarikat cenderahati korporat utama untuk syarikat di Asia

Dengan misi dan visi yang jelas, ia akan memberikan motivasi yang kuat kepada pasukan dan kakitangan untuk mencapai matlamat syarikat. Setiap ahli pasukan perniagaan harus memahami dengan mendalam tentang dua perkara ini untuk kejayaan perniagaan.

Mengapa Misi dan Visi Penting untuk Blog?

Kerana satu sebab. Fokus. Tumpuan. Pengkhususan.

fokus dalam bisnes

Misi dan visi pasti akan membimbing anda untuk memberi fokus kepada penulisan blog anda. Anda tidak akan tergelincir jauh daripada tujuan perniagaan atau perancangan. Jika anda membuat blog untuk perniagaan cetakan t-shirt, lingkungan penulisan mesti merangkumi bisnes itu sahaja. Tidak boleh tiba-tiba cerita perkara lain.

Pada permulaan blog, anda mungkin mempunyai banyak idea dalam fikiran yang bukan hanya mengenai skop perniagaan semata-mata. Ini mungkin mengenai gaya hidup peribadi anda atau keluarga anda. Anda ingin berkongsi apa sahaja dan segala-galanya di blog.

Ingat, blog adalah mengenai matlamat asal anda. Hal lain tidak penting. Apabila anda memulakan blog, hanya fokus pada misi dan visi. Tulis artikel berguna, berkongsi video bermaklumat atau mempromosikan produk anda hanya berkaitan dengan fokus utama blog sahaja.

Pembaca akan mendapati bahawa anda benar-benar berminat dengan perniagaan dan saranan anda. Ini menunjukkan bahawa anda peduli dengan pembaca dan inginkan yang terbaik buat mereka.

Perlu diingatkan, pembaca tidak mahu tahu mengetahui tentang keluarga, percutian, walaupun haiwan kesayangan anda yang comel. Satu-satunya perkara mereka adalah apa yang anda boleh tawarkan untuk membantu menyelesaikan masalah pada ketika itu.

Apakah Matlamat Blog Anda?

Pasti untuk menyelesaikan masalah pelanggan dan pembaca sama ada untuk:

  • Menghapuskan ketakutan pembaca
  • Buat pembaca gembira
  • Memudahkan kerja pembaca
  • Bantu pembaca tambah pendapatan
  • Menjadi orang yang lebih baik

Dalam buku Delivering Happinies oleh CEO Zappos Tony Hsieh, terdapat tiga sebab untuk mencapai matlamat perniagaan anda. Ia adalah keghairahan, tujuan dan keuntungan. Ia adalah buku yang hebat untuk pemilik perniagaan baca dan hadam. Anda boleh belajar bagaimana Zappos membina perniagaan mereka, melayani pelanggan serta kakitangan mereka untuk terus berkembang.

  • Keghairahan dalam perniagaan
  • Tujuannya untuk melayani pelanggan dengan cara yang baik terutamanya pada perkhidmatan pelanggan
  • Keuntungan akan datang selepas melakukan dua perkara di atas.

Satu kajian oleh Universiti Scranton mengatakan 92% orang tidak mencapai matlamat mereka. Tidak mengapa selagi anda mempunyai matlamat dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencapai itu.

Untuk kejayaan blog, matlamat harus diikuti dengan tindakan. Anda boleh menjadi baki 8% yang mencapai sasaran.

Itulah permulaan bagaimana cara untuk membuat blog. Dengan perkongsian ringkas ini, diharap dapat membantu anda membuat peracangan terbaik untuk blog anda.

Untuk artikel berikutnya, kami akan kongsikan bagaimana memilih nama domain untuk blog.

5 thoughts on “Cara Membuat Blog Bahagian 1: Menentukan Matlamat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *