kata laluan kuat

6 Cara Membuat Password yang Kuat dan Mudah Diingati

Setiap daripada kita pasti mempunyai satu akaun media sosial. Juga akaun email dan portal website lain sama ada untuk tujuan santai atau membeli-belah. Untuk mengakses dan menggunakannya perlu nama dan katalaluan (password). Keselamatan akaun media sosial bergantung sepenuhnya pada cara membuat password yang betul terutamanya dengan tahap yang kuat.

Mengikut kajian oleh Verizon Data Breach Investigations Report 2017, 81% aktiviti menggodam data syarikat berpunca daripada password yang dicuri dan lemah. Bermaksud, setiap daripada kita yang mempunyai akaun di internet (media sosial, email, forum, website) berpontensi menjadi mangsa kecurian data.

Cybercrime, cyberterrorism, dan cyberwar telah menjadi sebahagian topik yang paling berkaitan dengan landskap keselamatan hari ini.

Anda pasti tidak mahu peristiwa malang ini berlaku kepada akaun dalam talian anda. Senario terburuk ini boleh membawa kerugian wang ringgit, maruah dan juga nyawa.

Biijak pandai selalu berpesan “Pencegahan Lebih Baik daripada Penyembuhan“. Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana yang lebih baik dalam menjaga setiap akaun yang dicipta.

Oleh itu, untuk setiap akaun yang anda cipta di internet, anda sangat perlu membuat dengan nama pengguna unik dan kata laluan yang kuat.

Bagaimana dikatakan password yang kuat?

Password yang kuat adalah kata laluan yang mempunyai kombinasi antara huruf, nombor dan simbol. Bagi kami, sebaiknya password tersebut tidak boleh dieja menjadi perkataan yang ada makna.

Kriteria password lemah seperti berikut:

  • 123456 – hanya nombor sangat lemah
  • password – hanya huruf dan mudah dieja
  • abcd1234 – kombinasi tetapi terlalu mudah diteka
  • P@ssw0rd – kombinasi dan mudah dieja menjadi perkataan ‘password’

Bagaimana cara membuat password yang kuat dan mudah diingat? 

Ada dua perkara penting iaitu kuat dan mudah diingat. Jika kuat pasti kombinasinya sangat sukar dingat. Jika mudah diingat, pasti password yang biasa sahaja.

cara membuat password

Ada caranya. Jom baca perkongsian kami di bawah.

1. Jangan Gunakan Maklumat Peribadi

Anda perlu ingat ini adalah langkah paling penting daripada semua teknik. Anda tidak mahu penggodam secara rawak meneka password anda menggunakan nama, tarikh lahir, nombor plat kereta dan nombor telefon bimbit.

Untuk membuat kata laluan yang kuat, elakkan menggunakan maklumat peribadi.

Sebagai contoh, isma1985 adalah tidak selamat dan tidak boleh diterima!

2. Jangan Buat Password “password”

Anda hanya membunuh diri jika anda menetapkan kata laluan adalah hanya, ‘password’. Ia adalah satu perkataan popular yang digunakan seluruh dunia. Jangan rosakkan akaun internet dengan berani membuat password sebegini.

Risiko kebocoran akaun sangat tinggat. Jom lihat 10 password paling lemah dan berisiko pada 2017 di bawah:

  • 123456
  • Password
  • 12345678
  • qwerty
  • 12345
  • 123456789
  • letmein
  • 1234567
  • football
  • iloveyou

Sila elakkan menggunakan kata laluan di atas. Fikirkan cara lebih bijak seperti poin di seterusnya.

3. CAPS, num13e7, $p3c!@L characters

Ya, ini adalah gabungan yang paling selamat untuk menguatkan password anda. Hacker akan menggunakan setiap perkataan dalam kamus untuk mencipta algoritma. Algoritma ini digunakan sebagai kaedah memecahkan password akaun anda.

Tetapi jika anda membuat kata laluan yang kuat, penggodam akan bosan mencuba dan mencari mangsa lain. Mereka juga manusia tahu penat lelah walaupun di depan komputer. Orang tua cakap, penat otak!

Kata laluan anda harus mengandungi gabungan huruf kecil dan huruf besar, nombor, dan aksara khusus.

kombinasi password

Melakukannya boleh membuatkan lebih kukuh, stabil dan sukar diceroboh. Sebagai contoh, “Il0v3mtoeat” dapat digodam dalam tempoh 35 minit kerana ia hanya mengandungi alpha dan nombor tetapi jika anda membuatnya “iL0v3T03@t”, tahniah, anda telah menetapkan kata laluan yang kuat.

Jika anda ingin menyemak sama ada anda mempunyai kata laluan yang kuat atau tidak, anda boleh menggunakan laman web Password Checker.

4. Buat Hard-to-Crack dan Password Mudah Diingat

Untuk maklumat anda, penggodam menggunakan algoritma terbaik untuk terus menguji semua kemungkinan kombinasi kata laluan sehingga mereka dapat memecahkannya. Jika berjaya menembusi akaun anda, game over!

Untuk keselamatan, belajar cara membuat password yang panjang tetapi mudah dingat sangat digalakkan. Panjang password harus mengandungi minimum 8 karakter. Lebih panjang lebih bagus sebab ianya sukar digodam (hard-to-crack).

Pastikan anda mempunyai sesuatu yang cukup mudah untuk diingat (berkaitan password) tetapi hampir mustahil untuk orang lain meneka.

Mungkin agak perit untuk bergantung pada ingatan semata-mata tetapi anda juga boleh menetapkan password berdasarkan azam tahunan. Ini tips menarik.

Sebagai contoh, jika tahun ini azam anda untuk berhenti merokok, kata laluan anda mungkin Henti@ merokok4ever.

Jika anda dan keluarga anda merancang perjalanan ke Thailand, kata laluan anda akan mungkin Save4trip@thailand.

Bukankah lebih berkesan dan mudah diingat?

Siapa yang tahu suatu hari nanti amalan ini boleh membawa anda ke gaya hidup yang lebih sihat. Sahut cabaran. Kerajaan Malaysia juga sudah membuat undang-undang merokok di tempat awam.

5. Ingat untuk Tukar dengan Kata Laluan yang Pelbagai

Pastikan untuk menukar kata laluan anda secara berkala. Sebagai aturan umum, mengubah kata laluan anda untuk setiap 90 hari sangat disyorkan.

cara tukar password

Jangan gunakan kata laluan yang sama untuk semua akaun di internet. Tips ini bertujuan mengawal kebocoran data jika penggodam mendapat maklumat anda. Penggodam tidak boleh meneruskan niat buruk untuk menggodam akaun internet lain jika password pelbagai.

Menukar password kepada sesuatu yang berbeza apabila seseorang mempunyai akses kepada password anda tidak mungkin berkesan.

Kemungkinannya, penggodam telah melihat ke dalam akaun dalam online anda. Bertambah buruk apabila penggodam mungkin memasang keylogger untuk untuk mengintip setiap kata kunci keyboard komputer anda.

Kaedah pembaikan bukan sahaja untuk mengemas kini atau menetapkan semula password anda tetapi untuk membuat password yang unik untuk setiap akaun online. Lebih baik, untuk setiap akaun di internet mempunyai password yang berlainan.

6. Jangan Percayai Browser Internet Anda

Jangan leka dan biarkan browser internet (Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer) mengingati dan menyimpan setiap password telah anda gunakan.

Ia sangat tidak selamat jika anda pernah buat sebelum ini. Walaupun mengingat password (Remember Password) di browser internet adalah sangat mudah tetapi ianya sangat berisiko.

Sekiranya anda telah menetapkan browser internet untuk mengingati password, anda boleh membersihkan tetapan autofill pada browser internet anda.

Jangan Ambil Mudah dengan Password

Jadi kesimpulannya, lebih prihatin dan peka dengan password. Semoga cara membuat password kuat dan mudah diingat ini dapat memberi manfaat.

Sila kongsi jika ianya bermanfaat kepada yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *