cara-menjaga-kesihatan-gigi

10 Cara Menjaga Kesihatan Gigi

Antara kesihatan dalam diri dan badan yang perlu di jaga adalah gigi. Penting kita belajar cara menjaga kesihatan gigi supaya kekal sihat, tidak sakit dan boleh berfungsi dengan baik.

Saya masih ingat guru Biologi semasa di tingkatan 4 selalu sebut, gigi adalah tempat kegemaran bakteria kerana ada makanan, suhunya lembab dan kawasannya gelap. Bila banyak bakteria, mudah untuk diserang penyakit seperti gigi berlubang, gusi berdarah dan sakit gigi.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, 75% pelajar sekolah mengalami masalah kesihatan gigi dan perlukan rawatan lanjut.

Masalah gigi juga akan mewujudkan perasaan murung kerana perasaan malu kepada keadaan gigi yang tidak baik.

Jadi, bagaimana cara menjaga kesihatan gigi?

1. Kerap Berus Gigi Sekurang-kurangnya Tiga (3) Kali Sehari

Bangun pagi, selepas makan tengahari dan juga sebelum tidur. Jika anda seharian bekerja, mungkin hanya boleh 2 kali sehari. Itupun sudah baik untuk kesihatan gigi.

Gunakan ubat gigi berflorida untuk gigi lebih putih dan bersih.

2. Berkumur-kumur Selepas Makan

JIka di pejabat sudah pasti tidak sempat untuk berus gigi. Selepas makan tengahari, boleh berkumur-kumur. Tambah baik, anda dapat berkumur sewaktu mengambil wuduk Solat Zohor dan Asar. Sekurang-kurangnya gigi anda sedikit bersih sebelum pulang ke rumah untuk memberus gigi.

3. Makan Buah-Buahan

Buah-buahan sangat bagus untuk gigi kerana mengandungi banyak khasiat. Antaranya vitamin-C, yang membantu menguatkan gusi.

4. Makan Sayur-sayuran Segar

Contohnya bayam dan sayuran hijau mempunyai banyak serat yang menguatkan gigi ketika mengunyah makanan.

5. Makanan Sihat dan Berkhasiat.

Contohnya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Kurangkan makanan bergula. Jika boleh, terus elakkan minum minuman berkabonat kerana kandungan gulanya tinggi. Minuman berkabonat selain tidak bagus untuk kesihatan gigi, ia juga sangat buruk untuk kesihatan diri.

6. Amalkan Minum Susu

Susu kaya dengan kalsium untuk kesihatan gigi. Susu mengandungi protein Kasein dapat membantu membaiki gigi dan menstabilkan enamel.

7. Minum Teh Hijau

Kebaikan teh hijau adalah kerana mengandungi antioksidan yang membantu melawan penyakit dan bakteria. Jadi ia dapat menentang bakteria daripada berkumpul di celah gigi. Kesannya gigi cepat rosak jika banyak bakteria. Teh juga mempunyai floria yang membersihkan gigi dan menguatkan enamel.

kebaikan-teh-hijau

8. Tukar Berus Gigi 3 Bulan Sekali

Berus gigi yang kerap digunakan akan menjadi sarang bakteria termasuk E.Coli. Bateria E.Coli yang hidup di dalam usus manusia dan boleh menyebabkan cirit-birit. Lebih lama berus gigi digunakan, maka lebih banyak bakteria akan berkumpul.

Juga bakteria lain yang hidup di mulut akan berpindah ke berus gigi. Jadi perlu ditukar sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Lebih baik sebulan sekali.

9. Guna Pembersih Mulut

Kumur selepas beberapa ketika memberus gigi selama 30 saat. Boleh juga digunakan sebelum tidur. Jika boleh jangan makan dalam tempoh 30 minit selepas menggunakan pembersih mulut ini.

Antara jenama yang terdapat di pasaran adalah Colgate Plax yang mempunyai beberapa perisa yang nyaman. Ianya juga tidak mempunyai alkohol yang boleh menyebabkan ‘ulser’ jika mempunyai gigi sensitif.

10. Buat Pemeriksaan Berkala

Cara menjaga kesihatan gigi yang baik adalah kerap buat pemeriksaan gigi di klinik atau hospital. Anda boleh berkunjung ke Klinik Pergigian Kerajaan atau pun swasta. Jika ingin jimat dan tidak kisah menunggu lama, boleh membuat rawatan di klinik kerajaan.

rawatan-klinik-gigi

Namun, jika ada lebih wang, boleh berkunjung ke klinik gigi swasta kerana waktu menerima rawatan lebih cepat.

Sebaiknya buat pemeriksaan gigi setahun sekali.

Sumber rujukan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *