Cara Membuat Tuntutan PERKESO

Malang tidak berbau. Itu ungkapan yang biasa kita dengar berkaitan kemalangan. Sebagai seorang pekerja di Malaysia, kita dilindungi oleh PERKESO. Dalam artikel ini saya akan huraikan cara membuat tuntutan PERKESO.

Apa itu PERKESO?

Pertubuhan Keselamatan Social (PERKESO) atau disebut juga SOCSO adalah satu badan di bawah Kementerian Sumber Manusia bertujuan untuk mentadbir keselamatan pekerja di Malaysia.

PERKESO melaksana dan menguatkuasa Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

PERKESO memberi pampasan ke atas kemalangan yang berlaku kepada para pekerja. Jadi, kita sebagai pekerja perlu memastikan majikan mencarum dengan PERKESO tidak kira pekerja tetap atau sementara.

Menjadi satu kesalahan jika majikan gagal mencarum dengan PERKESO.

perkeso bantu pekerja

Visi PERKESO

Peneraju Keselamatan Sosial yang Dinamik, Unggul dan Cemerlang.

Misi PERKESO

Memberi Perlindungan Keselamatan Sosial Kepada Orang Berinsurans Dan Tanggungan Mereka Menerusi Skim-skim Keselamatan Sosial Serta Memupuk Kesedaran Keselamatan Dan Kesihatan Demi Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Orang Berinsurans

Objektif PERKESO

Menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial berasaskan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.

Jenis-jenis perlindungan PERKESO:

  • Skim Bencana Pekerjaan – semasa membuat kerja, dalam perjalanan tempat kerja, kemalangan kecemasan dan penyakit disebabkan kerja
  • Skim Keliatan – keuzuran atau hilang upaya anggota badan berterusan sekurang-kurangnya 1/3 daripada keupayaan pekerja normal
  • Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri – individu yang bekerja sendiri seperti pemandu teksi dan e-hailing (Grab dan myCar).

Perlindungan PERKESO adalah menyeluruh iaitu dalam perjalanan ke tempat kerja, di tempat kerja dan juga perjalanan pulang dari tempat kerja.

Jumlah pampasan yang diterima juga berbeza dan bergantung kepada nilai caruman dan gaji pekerja.

Sebagai pekerja, anda boleh membuat semakan caruman di slip gaji atau secara online di iPERKESO.

Bagaimana cara membuat tuntutan PERKESO?

1. Laporkan Kemalangan kepada Majikan

Jika anda tidak mampu melaporkan kepada majikan, boleh juga beritahu ketua jabatan atau rakan seerja. Dengan pemberitahuan ini, majikan dapat bertindak melaporkan kepada PERKESO.

talian kecemasan

Satu nombor 999 untuk semua bantuan kecemasan dan kemalangan

2. Buat Laporan Polis

Cepatkan proses buat laporan. Jika kemalangan serius yang menyebabkan anda terlantar di hospital, boleh tunggu selepas sembuh sebelum membuat laporan polis.

Laporan polis adalah dokumen penting dan diperlukan untuk memproses permohonan perlindungan anda.

2. Majikan Mengisi Borang dan Dokumen

Majikan perlu mengisi borang dan menyediakan dokumen berikut untuk diserahkan kepada PERKESO:

  • Laporan Kemalangan (Borang 34).
  • Rekod kedatangan
  • Sijil cuti sakit (MC)
  • Salinan kad pengenalan pekerja
  • Laporan polis
  • Lakaran kemalangan (peta)

3.  PERKESO Membuat Penilaian Tuntutan

Pihak PERKESO akan menyemak laporan kemalangan. Dalam sesetengah kes melibatkan hilang upaya, pegawai bertanggugjawab akan berjumpa dengan anda untuk menilai tahap kemalangan yang telah dihadapi pekerja.

4. Bayaran Tuntuan daripada PERKESO

Bayaran diterima secara tunai. Ada juga pekerja yang menerima bayaran secara cek.

Bayaran oleh PERKESO dikira dari segi:

  • Jumlah bayaran bil hospital
  • Jumlah cuti sakit yang diterima pekerja (MC)
  • Bayaran hilang upaya atau cacat kekal

Contohnya jika cuti sakit seseorang pekerja adalah 20 hari, maka PERKESO akan membayar untuk 20 hari mengikut kadar caruman yang telah ditetapkan.

Cara membuat tuntutan PERKESO mungkin mempunyai lebih banyak dokumen tambahan. Walaubagaimanapun, ini adalah dokumen-dokumen asas yang diperlukan semasa mengemukakan tuntutan.

Cacat atau hilang upaya kekal bukan kegagalan anggota badan berfungsi berfungsi seperti normal. PERKESO menilai lebih mendalam untuk kategori ini.

Contohnya jika pekerja mengalami patah kaki tetapi hanya pulih 80% sahaja dan berada dalam keadaan seperti biasa, jadi baki 20% kecacatan dikira kekal dan PERKESO akan membayar baki tersebut.

Ringkasan Senarai Semak Tuntutan Kemalangan PERKESO:

  1. Borang – Senarai Semak Dokumen Tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara
  2. Sijil Cuti Sakit Asal / Salinan Sijil Cuti Sakit
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan Rekod Kedatangan / Kad Perakam Waktu(Punch Kad). Perlu disahkan oleh majikan
  5. Laporan Polis Asal/Salinan Laporan Polis
  6. Peta Lakaran Kemalangan ( tempat mula perjalanan –> laluan yang diikuti –> tempat kemalangan –>tempat yang dituju)

Maklumat lanjut mengenai tuntutan kemalangan PERKESO, undang-undang dan semakan caruman, anda boleh hubungi talian khidmat pelanggan di 1-300-22-8000 atau layari laman web PERKESO.

Rujukan:

Kredit gambar:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *