cara memulakan bisnes cenderahati korporat

Cara Memulakan Bisnes Cenderahati Korporat

Bisnes cenderahati korporat adalah perkhidmatan menjual produk cenderahati khusus kepada organisasi dalam kuantiti yang banyak. Antara sasaran pelanggan adalah sekolah, universiti, syarikat swasta dan sektor kerajaan. Jadi, bagaimana cara memulakan bisnes cenderahati korporat?

Sebelum itu, jom kita kenali secara asas apa itu cenderahati korporat?

Cenderahati korporat adalah hadiah yang biasanya diberikan secara percuma kepada golongan tertentu. Contohnya, penyampaian hadiah sempena sambutan hari lahir di pejabat. Boleh juga sumbangan cenderahati daripada syarikat swasta kepada fakir miskin.

Antara produk cenderahati yang popular seperti buku nota, payung, bekas minuman, pen dan beg. Ada beratus-ratus jenis produk yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan.

Menariknya bisnes cenderahati korporat ini, kuantiti tempahan biasanya sangat banyak. Paling minima bermula dari 20 unit dan boleh mencecah 1000 unit mengikut keperluan pelanggan.

Teruja? Jadi bagaimana cara memulakan bisnes cenderahati ini?

1. Mendaftar Syarikat atau Perniagaan

Mungkin anda sedang bekerja dan ingin menambah pendapatan sampingan. Walaupun sekadar bisnes sampingan, anda perlu mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Untuk permulaan, anda boleh mendaftar perniagaan kategori Enterprise yang hanya memerlukan modal sekitar RM70 untuk nama trend.

daftar agen cenderahati

Contoh nama trend seperti ABC Global Resources atau XYZ Enterprise.

Jika ingin lebih murah, anda boleh mendaftarkan nama perniagaan menggunakan nama penuh (seperti kad pengenalan) sahaja. Kosnya lebih rendah iaitu sekitar RM40.

Ke hadapan, jika perniagaan cenderahati anda bertambah maju, anda boleh menaik taraf kepada Sdn Bhd agar organisasi syarikat lebih tersusun.

2. Daftar Sebagai Agen dengan Pembekal/Kilang

Bisnes cenderahati tidak memerlukan anda simpan stok. Anda boleh bermula dengan hanya menjadi agen sahaja. Pendaftaran agen dengan pembekal biasanya percuma. A

nda hanya perlu sertakan sijil pendaftaran perniagaan SSM kepada pembekal.

Cara membuat carian pembekal sangat mudah. Gunakan Google dan taip “Corporate Gift Agent” atau “Corprate Gift Reseller“. Carian perlu dalam bahasa Inggeris kerana kebanyakkan pembekal mempunyai laman web dalam bahasa tersebut.

cenderahati korporat

Antara pembekal cenderahati seperti Idea House dan IG Premium. Hubungi mereka melalui whatsapp atau email untuk bertanya mengenai program agen ini.

3. Pembekal Memberikan Katalog dan Harga Agen

Setelah mendaftar agen, pembekal akan memberikan katalog cenderahati yang mempunyai semua produk yang mereka jual. Juga senarai harga produk dan kos cetakan.

Mereka akan email katalog gambar dan harga seunit. Jika anda memerlukan buku (hardcopy), biasanya anda perlu ke kedai pembekal untuk mendapatkannya secara percuma.

4. Tetapkan Harga Jualan

Sebagai agen, anda akan mendapat potongan harga (diskaun). Melalui diskaun ini, anda dapat menjual kepada pelanggan dengan margin keuntungan yang anda inginkan. Biasanya margin keuntungan antara 20% – 30%.

Pembekal akan memberi harga produk tanpa cetakan dan juga kos cetakan. Jadi ada 2 harga yang perlu anda buat pengiraan dengan betul.

Kos cetakan dikira mengikut jenis cetakan yang dibuat pada cenderahati seperti:
i) Silkscreen – cetakan 1 warna. Anggaran kos 1 blok adalah RM90
ii) Heatpress – cetakan banyak warna logo. Seperti sticker. Anggaran 1 sticker RM1.50
iii) HD Printing – cetakan banyak warna logo. Lebih cantik dan kemas. Anggaran RM3.00.

Katakan produk payung 24 inci. Contohnya pengiraan untuk minimum order 30 unit:

KOS/BELIAN
Harga agen: RM10 seunit
Kos cetakan: RM90/30 = RM3
Harga seunit: RM13
Jumlah: RM13 x 30 = RM390

HARGA JUALAN
Target margin untung: 20%
Harga seunit: RM16.25

Gunakan kalkulator di bawah untuk mengira margin.
– Cost adalah harga beli seunit = RM13
– Margin letakkan 20%

Margin Calculator

Anda akan dapat harga jualan RM16.25 seunit. Jadi untuk senang kira, boleh jual RM16.50 seunit.

Jumlah untung kasar seunit = RM3.50 seunit
Jumlah untung kasar keseluruhan = RM3.50 x 30 unit = RM105

5. Kira Lain-lain Kos

Untung di atas adalah kasar tanpa mengira lain-lain kos. Kos ini adalah tersembunyi dan jika tidak dikira dengan baik boleh menghilangkan untung anda. Bisnes dalam rugi tanpa untung. Hanya dapat penat sahaja.

Lain-lain kos yang perlu dikira adalah upah proses barang, pengangkutan, pekerja, alat tulis dan cetakan resit.

Contoh pengiraan seperti berikut:
i) Upah proses barang = RM40
ii) Pengangkutan ke pejabat pos = RM5
iii) Alat Tulis = RM5
iv) Cetakan dokumen = RM2

Masukkan lain-lain kos ini dalam setiap jualan untuk mendapat untung bersih.

Harga jualan – (Belian + Lain-lain Kos) = Untung Bersih.

6. Kira Kos Penghantaran

Untuk kos penghantaran, biasanya tidak dimasukkan dalam pengiraan kos. Kos ini ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

Namun jika margin anda tinggi disebabkan kuantiti unit order yang banyak, anda boleh memberikan penghantaran percuma sebagai tambah nilai.

Kos penghantaran menggunakan khidmat kurier seperti Poslaju, SkyNet dan Aipax. Anda juga boleh menghantar sendiri kepada pelanggan.

Anggaran kos courier ada di website penyedia perkhidmatan ini. Hanya tentukan berat barang dan semak harga.

Jika barang yang sangat berat (melebihi 50kg), gunakan website TheLorry.com untuk membuat anggaran. Untuk lebih baik tanpa perlu bersusah payah, terus sahaja booking penghantaran di website ini.

Pihak TheLorry.com anda membuat penghantaran terus kepada pelanggan anda. Anda cuma perlu tetapkan jenis kenderaan, berat, maklumat penghantaran dan tarikh penghantaran. Sangat mudah dan menjimatkan.

anggaran kos penghantaran

Kaedah Cash on Delivery (COD) juga boleh dilakukan jika anda tidak mempunyai kedai. Cuma tetapkan tempat bertemu dan buat penghantaran di situ.

7. Buat Buku Resit dan Cop Rasmi

Sebagai satu perniagaan yang sah, anda perlu mempunyai buku resit. Buku resit berfungsi untuk menjejak semua duit masuk yang ada terima. Setiap transaksi duit masuk perlu dibuktikan dengan resit.

Jika anda mahir menggunakan komputer dan mempunyai printer, anda boleh cetak sahaja resit. Ada banyak contoh-contoh resit yang boleh anda guna di Internet.

Cop rasmi perlu dibuat sebagai tanda perniagaan sah dan akan digunakan semasa memohon akaun semasa bank.

8. Daftar Akaun Semasa Bank (Current Account)

Untuk permulaan boleh gunakan akaun peribadi tetapi ada had pengeluaran dan duit masuk. Transaksi perniagaan yang menerima dan mengeluar duit yang banyak (ribu dan ratus ribu) perlu menggunakan akaun semasa atas nama syarikat.

Anda boleh ke mana-mana bank dengan membawa sijil perniagaan dan cop rasmi, kemudian mohon akaun semasa. Maybank contohnya mengenakan RM2000 deposit untuk membuka akaun semasa. Tak perlu risau kerana duit ini dapat dikeluarkan semula.

Kebaikan akaun semasa adalah anda boleh membuat transaksi keluar masuk tanpa had. Paling penting kepercayaan pelanggan kepada anda.

Anda akan dilihat professional ketika meminta pelanggan memasukkan wang kerana nama akaun bank adalah nama bisnes anda. Pelanggan akan lebih yakin.

9. Buat Pemasaran Online

Selesai bab persediaan akaun dan agen. Kini proses yang berterusan yang perlu anda buat untuk mendapat pelanggan pertama dan seterusnya.

Anda boleh iklankan perniagaan kepada rakan-rakan, di internet ataupun secara offline.

Dengan kemajuan internet, lebih utama anda fokus kepada pemasaran online seperti di Mudah.my, Facebook, Instagram dan Twitter.

Buat satu website atau blog dan mula ceritakan mengenai bisnes anda. Lebihkan kepada perkongsian info bermanfaat kepada bakal pelangga.

10. Beri Khidmat Terbaik Kepada Pelanggan

Lebih keras anda berusaha untuk mendapat pelanggan pertama, lebih tinggi peluang untuk berjaya. Pasti anda akan menemui pelanggan pertama dan sangat teruja untuk berniaga. Rujuk artikel 9 Cara Menjawab Pertanyaan Pelanggan Bisnes untuk lebih idea berkomunikasi dengan pelanggan.

Selamat maju jaya dalam bisnes cenderahati korporat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *